GEORGE TOWN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengeluarkan notis kepada sebuah restoran nasi kandar di sini, untuk mendapatkan penjelasan berhubung harga dua ekor sotong goreng yang didakwa mencecah RM100.
Pengarah KPDNHEP Pulau Pinang, Mohd Ridzuan Ab Ghapar berkata tempoh dua hari diberikan kepada pemilik restoran itu untuk berbuat demikian sebelum sebarang tindakan lanjut diambil.
Mohd Redzuan berkata tiga pegawai penguat kuasa KPDNHEP Cawangan Timur Laut sudah melakukan pemeriksaan di restoran yang terletak di Lebuh Campbell di sini, selepas menerima aduan hari ini.
Menurutnya, notis tersebut dikeluarkan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga Anti Pencatutan 2011 selepas isu tersebut tular dalam media sosial.
"Pengusaha dikehendaki memberikan maklum balas notis dalam tempoh dua hari bekerja atau sehingga 26 November ini kepada pejabat Cawangan Timur Laut.
"Sekiranya gagal mengemukakan maklum balas yang diminta, pengusaha boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan 2011," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
BACA: Selepas 'siakap' Langkawi, 'sotong' di Pulau Pinang pula didakwa 'harga kayangan'
Mohd Ridzuan berkata, semasa pemeriksaan dijalankan, penguat kuasa telah mengambil keterangan peniaga mengenai isu yang telah diviral bagi membantu siasatan lanjut.
Tegasnya, KPDNHEP sentiasa memandang serius sebarang isu kenaikan harga atau yang berunsur pencatutan yang berkemungkinan dilakukan oleh para peniaga.
Justeru, sekiranya berlaku sebarang kenaikan harga yang tidak munasabah, pengguna disarankan membuat laporan rasmi kepada KPDNHEP.
Pada Rabu, tular kisah 'harga sotong kayangan' di Pulau Pinang selepas seorang pelanggan mendakwa harga dua ekor sotong yang dibelinya di restoran berkenaan mencecah RM100.
Pelanggan terbabit berkongsi di laman sosial mengenai pengalamannya menikmati menu nasi kandar di sebuah restoran nasi kandar popular di negeri itu semalam.
Dewi Nur Harasha Alias
Wed Nov 24 2021
Mohd Ridzuan Ab Ghapar berkata tempoh dua hari diberikan kepada pemilik restoran itu untuk berbuat demikian sebelum sebarang tindakan lanjut diambil. - Gambar/ KPDNHEP
Istimewanya OKU cacat penglihatan, rezeki dapat tunai haji di usia muda
Muhammad Qayyim memang tidak dapat melihat, tetapi dia terang hati kerana disuluh nur al-Quran.
Ribut, banjir kilat jejas beberapa daerah di Perak
Banjir kilat yang berlaku di Kampung Simpang 3, Buluh Akar di Parit menyebabkan lima buah keluarga terjejas.
Sistem e-Invois: LHDN jawab dakwaan Ka Siong
Dalam tempoh setahun sebelum pelaksanaan penuh e-Invois, LHDN akan adakan program dan sesi libat urus bagi tujuan kesedaran dan pendidikan.
Cacat penglihatan, Celik Al-Quran dan rezeki ke tanah suci
Tuah dan rezeki insan istimewa OKU cacat penglihatan, Muhammad Qayyim Nizar Sarimi dapat mengerjakan haji pasa usia muda bersama ibu bapanya.
Dapur kantin sekolah musnah terbakar di Simpang Pulai
Dapur kantin sekolah yang berkeluasan 15 x 15 itu terbakar sebanyak 80 peratus dan tiada mangsa yang terlibat.
PM Anwar ucap tahniah kepada pasukan sepak takraw Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada pasukan sepak takraw Malaysia yang meraih kemenangan apabila menewaskan Thailand pada kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024, pada malam Rabu.
Tiga rakyat Malaysia di unit rawatan rapi, enam stabil
Tiga penumpang penerbangan SQ321 Singapore Airlines (SIA) yang merupakan rakyat Malaysia kini sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) tetapi tiada yang berada dalam keadaan kritikal.
PM Anwar tiba di Tokyo
Perdana Menteri yang berada di sini bagi menghadiri Persidangan Antarabangsa Mengenai Masa Depan Asia ke-29 (Persidangan Nikkei), turut dijadual bertemu dengan rakan sejawatannya dari Jepun Fumio Kishida untuk mesyuarat dua hala, dan beliau juga dijadualkan mengadakan beberapa pertemuan dengan kapten industri tempatan, pelajar dan ahli akademik.
Pengebumian besar-besaran pemimpin Iran
Satu upacara perarakan jenazah Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan mangsa nahas helikopter pada Ahad lepas telah diadakan di ibu kota Iran, Tehran.
Pemimpin UK sambut baik pengumuman pilihan raya lebih awal
Pemimpin parti Liberal Demokrat, Ed Davey menyambut baik keputusan Perdana Menteri Britain Rishi Sunak yang mengumumkan pilihan raya awal pada Rabu.
Beliau berpendapat pengumuman itu seharusnya dilakukan lebih awal dalam beberapa bulan lalu.
Beliau berpendapat pengumuman itu seharusnya dilakukan lebih awal dalam beberapa bulan lalu.
Restoran nasi kandar diberi 2 hari jelaskan isu harga sotong mahal
KPDNHEP berkata, tempoh dua hari diberikan kepada pemilik restoran itu untuk berbuat demikian sebelum sebarang tindakan lanjut diambil.